Thursday, February 19, 2009

PERAK HARU BIRU

MB dan semua exco Perak digantung hadiri sidang DUN -MalaysiaKini

[...] Sivakumar masih menjadi Speaker DUN Perak kerana kerajaan baru BN belum lagi mengadakan sidang dewan untuk menggantikan beliau dengan calon dari BN.


Dengan menggantung tujuh daripada 28 ahli dewan undangan negeri (Adun) BN, maka jumlah wakil rakyat kini kembali memihak kepada Pakatan Rakyat.

Jika dewan bersidang sekarang, BN akan hanya mempunyai 24 Adun di pihaknya - termasuk tiga calon bebas - manakala Pakatan mempunyai 28 Adun.

Di segi teknikalnya, kerajaan negeri BN masih boleh terus memintah Perak, tetapi ia tidak boleh mengadakan sidang dewan kerana bimbang Pakatan akan mengemukakan usul tidak percaya terhadapnya.


Kesemua tujuh Adun BN itu diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi. [...] Sumber sini

[...] Seperti yang telah dijangkakan awal-awal lagi tindakan BN khususnya Umno menggunakan pintu belakang untuk berkuasa di Perak akan memakan diri sendiri.Terkini Datuk Dr Zambry Abdul Kadir selaku 'menteri besar' Perak digantung daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.

Beliau dan enam exconya dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN itu berhubung dakwaan mereka telah menghina DUN apabila mengangkat sumpah jawatan Selasa lalu.Siasatan berkenaan dijalankan mengikut Perkara 72(3) Perintah Tetap DUN Perak.

Ini bermakna BN telah hilang majoriti di DUN iaitu hanya tinggal 24 kerusi itupun kalau campur 'tiga wakil bebas' yang telahpun diistiharkan melepaskan jawatan oleh speaker dun, S. Sivakumar.Jika sidang Dun diadakan dengan mudah-mudah je usul untuk membubarkan Dun serta 'undi tidak percaya' pada 'kerajaan baru' diadakan.

Dalam hal ini tidak ada cara lain untuk menyelesaikan kemelut yang direka di Perak selain Sultan Perak kena memikirkan kepentingan rakyat dari segi sosio politik dengan memperkenankan pembubaran dun Perak.

Saya menjangkakan Dun Perak akan dibubarkan dalam tempoh terdekat! Apa perancangan Najib yang seterusnya? Najib sudah pasti tertekan dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi sudah wujud gesaan agar Pak Lah menangguhkan proses penyerahan jawatan PM kepada Najib [...] sumber sini

PasaKaki - Drama di Perak semakin menarik untuk diikuti dan di tafsir. Keep follow..

3 comments:

singamaraja February 19, 2009 at 12:52 AM  

Auuum !

Peral bukan haru biri Pak, ia merah biru

Anonymous,  February 19, 2009 at 9:59 AM  

tengok je le sape makan sape, kuasa speaker dalam jawatankuasa cuma mengsyorkankan kepada dewan, bukan secara direct menjatuhkan hukuman. MEEooowww!!

Anonymous,  February 19, 2009 at 2:10 PM  

Ermmm, kuasa speaker dalam jawatankuasa syor pada dewan. Kuasa speaker dalam dewan pulak camana ye!!

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP