DAN AMARAH PUN BANGKIT !!
Satu kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Ahli akademik Prof Dr Mohammmad Agus Yusuf di TV3 semalam sedikit menimbulkan persoalan apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Yang ditumbangkan melalui Kezaliman diarahkan agar menerima kenyataan apa yang berlaku dengan berlapang DADA..Persoalanya Mengapa mesti Kerajaan Pakatan Rakyat dinasihat supaya menerima apa sahaja yang berlaku???
TERIMA KENYATAAN...
Kenyataan itu juga menyatakan bahawa Kerajaan PR harus akur menerima keputusan ini.Kenyataan MEDIA UMNO/BN menyatakan Dato Seri Nizar boleh dianggap Pengkhianat jika meneruskan usaha untuk menyaman Institusi Istana.Namun itu tidak akan berlaku jika Dato seri Nizar tidak melakukannya. .
Hendaklah di TEGASKAN dengan SEKERAS-KERASNYA bahawasanya Kerajaan PR di bawah kepimpinna Dato Seri Nizar bukan ingin menyaman Istitusi Istana akan tetapi akan memfailkan pendakwaan terhadap Menteri Besar HARAM Kerajaan UMNO/BN Dato Dr zambry...Dato Seri Nizar didalam kenyataan MEDIANYA juga menyebut bahawa Beliau menyanjung tinggi Institusi tersebut dan tidak sama sekali akan menderhaka kepada Baginda Sultan Perak...
PAKATAN RAKYAT TIADA MASALAH....
PR sudah selalu diuji dengan kekalahan di dalam Pilihanraya. Namun KEJATUHAN KERAJAAN PR yang berlaku pada 4/2/2009 itu ialah bersifat kepada Kejatuhan yang disebabkan oleh RAMPASAN KUASA dan PROPAGANDA POLITIK JAHAT dari UMNO/BN.Kerajaan Pakatan Rakyat juga JATUH disebabkan POLITIK KOTOR dan JIJIK yang dimainkan oleh UMNO/BN dengan cara yang paling tidak BERMARUAH!!!
PAKATAN RAKYAT LEBIH BERMARUAH!!!
Hasil MANDAT yang SAH yang diberikan oleh RAKYAT PERAK pada Pilihanraya ke 12 yang lepas,Gabungan PR BERSATU dan membina satu KERAJAAN atas nama KERAJAAN PAKATAN RAKYAT yang dinaungi oleh parti PAS,DAP dan KEADILAN. Diingatkan bahawa KERAJAAN yang terbentuk selepas PRU ke 12 yang lalu ialah satu Kerajaan yang SAH,hasil KEPERCAYAAN dan MANDAT RAKYAT.
JIKA DATO SERI NIZAR AKUR DIA BUKAN PENDERHAKA?? ?
Siapa yang harus AKUR????UMNO/ BN atau PR???
Kemenangan yang membawa sehingga terbentuknya satu KERAJAAN dibawah Pemerintahan Dato Seri Nizar itu ialah SAH dan datang dari RAKYAT bukan hasil dari POLITIK SEMPIT dan KOLOT seperti apa yang dilakukan oleh UMNO/BN sekarang.Pemainan POLITIK ini diteruskan oleh Media-Media UMNO/BN yang hangat kini memainkan isu NIZAR PENDERHAKA sedangkan ia tidak berlaku sama sekali.Media upahan UMNO/BN dilihat memainkan peranan dalam mengeruhkan lagi keadaan yang ada.
SIAPA PENDERHAKA?? ?
Sedangkan yang boleh dikatakan PENDERHAKA sekarang ialah 3 Adun yang melompat parti,NAJIB dan UMNO/BN..PENDERHAKAAN YANG DIBUAT BUKAN KEPADA RAJA NAMUN IA MELIBATKAN SATU KOMUNITI YANG LEBIH BESAR IAITU RAKYAT NEGERI PERAK!!!!
PENDERHAKAAN dengan cara mengambil KEBEBASAN dan HAK RAKYAT dalam menentukan KEPIMPINAN mereka sendiri...RAMPASAN KUASA itu juga boleh dianggap KURANG AJAR dan tiada KREDIBILITI. Inilah UMNO/BN dibawah kepimpinan DIKTATOR ala NAJIB TUN RAZAK!!!!
PAKATAN AKAN AKUR JIKA IA PILIHAN RAKYAT!!!
Kerajaan PR akan akur dengan situasi yang berlaku jika keputusan yang dibuat adalah dari RAKYAT kerana mereka lebih BERHAK!!Dan atas sebab itulah maka kita menuntut untuk diadakan Pembubaran DUN supaya dapat diadakan PILIHANRAYA NEGERI yang mana keputusannya 100 % datang dari RAKYAT sebagai pengundi dan pemilih yang SAH...
ISU BLACK K.K...
Satu lagi isu yang dimainkan oleh MEDIA UMNO/BN ialah isu yang kononnya Gerakan atau Peristiwa yang berlaku di K.Kangsar itu telah diarahkan oleh Dato Seri Nizar Jamaluddin.Satu usaha untuk memburukan IMEJ beliau sedang rancak dimainkan oleh MEDIA UMNO/BN.
Dato Seri menafikan dengan SEKERAS-KERASNYA bahawa apa yang berlaku di K.Kangsar semasa Majlis angkat sumpah berlangsung tidak ada Kena Mengena dengan Beliau.Beliau juga menyatakan yang beliau TIDAK mempunyai HAK untuk MENGARAHKAN RAKYAT berbuat begitu.
Beliau menyifatkan apa yang berlaku itu ialah datang dari KESEDARAN RAKYAT tentang HAK mereka yang DIRAMPAS dan KEBEBASAN mereka yang DITINDAS oleh Rejim ZALIM UMNO/BN...Gelombang RAKYAT yang berlaku itu adalah hasil dari Rentetan KESEDARAN RAKYAT sendiri.
JANGAN TERTIPU DENGAN ISU YANG DIMAINKAN MEDIA UMNO/BN !!!!
Rakyat dinasihatkan supaya tidak mudah menerima sesuatu laporan itu tanpa mendapat pengesahan.Ini merupakan satu lagi KERJA BUAT UMNO/BN dalam usaha terus MENIPU dan MENGELIRUKAN RAKYAT.Dalam masa terdekat ini MEDIA UMNO/BN akan terus memainkan peranan mereka dalam mengucar kacirkan keadaan dan pemikiran RAKYAT di Negeri Perak.Diharapkan RAKYAT akan terus BERDOA agar kezaliman ini akan di HAPUSKAN oleh Allah SWT...Dan Kerajaan PR akan kembali mentakbir Negeri Perak...
sumber PerisikRakyat
0 comments:
Post a Comment