Tuesday, February 10, 2009

MEREKA YANG TERTEWAS

Eroniknya Najib Razak seboleh mungkin mahu mengelakkan sebarang Pilihanraya Kecil di langsungkan sebelum beliau mengambil takhta dari Pak Lah March depan. Pengalaman sewaktu memimpin jentera BN\umno pada pilihanraya kecail P44 Permatang Pauh dan P36 Kuala Terangganu cukup memeritkan. Di Permatang Pauh dulu, najib dengan yakin mahu menguburkan Anwar Ibrahim, sehinggakan sanggup bersumpah laknat di dalam salah satu kempenya. Najib tersungkur juga. Dan yang terbaru PRK K. Terangganu, Najib masih gagal setelah kalah dengan teruk disana. Kekalahan 2 PRK ini sebagai ketua jentera piliharaya BN, cukup memberikan imej yang buruk dikalangan rakyat hatta dikalangan ahli umno nya sendiri.

Bertitik tolak dari situ lah, si Najib amat terdesak untuk menaikkan kembali kredibilitinya sebelum march ini. Rampasan kuasa di Perak adalah langkah awal Najib untuk menunjukkan 'kejantanan'nya kepada ahli umno dan rakyat. Plot dirancang dengan teliti, culik, ugut, hantar 'trojen horse' Dato Nasa kedlm PKR, dan perkudakan media masa sebagai propaganda. Bila YAB DS Nizar bertindak balas dengan berhasrat membubarkan DUN perak, Najib terpaksa mengambil langkah dengan menekan pihak Istana. Dipaksakannya pihak istana memecat DS nizar serta melantik seorg MB umno yg baru.. Jelaskan? Perlantikan angkat sumpah MB zambrie yg nampak dibuat dengan tergesa2.. Di pergunakan sehabis-habisan media agar memuji MB umno ini dan mengutuk MB Nizar sebagai derhaka dsbg. Najib cuba sedaya upaya mengalih isu krisis perlembagaan ini dengan menggunakan medianya.

Apa maksudnya semua ini? Jika DUN dibubarkan, satu PRK DUN Perak akan dilangsungkan. Mandat diserahkan semula kepada rakyat Perak. Rakyat memilih semula parti mana yang layak mewakili mereka.. Najib cukup takut berdepan dengan rakyat. Mod rakyat di seluruh negara menampakkan penolakkan secata total kepada umno dan BN. Najib tahu, rakyat kebanyakkan memberikan sokongan penuh kepada kem Pakatan Rakyat. umno memang akan tewas jika bertempur dalam medan piliharaya. Najib semestinya tidak mahu lebih banyak arang dipalitkan kepada mukanya sebelum beliau menjadi PM nanti. Inilah punca ketakutan najib kepada sebarang PRK. TEWAS..

Kem BN/UMNO merancang, KEM PR merancang. Sebaik-baik rancangan adalah dari perancangan ALLAH S.W.T.

Nah... Sekarang.... 2 PRK perlu di tempuh oleh najib.. Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Inilah ruang dan peluang untuk Rakyat dikawasan ini bangkit mengajar penguasa angkuh yg bernama Najib Razak ini..

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP