PERAK : THE ART OF POSSIBLE
Di antara tafsir politik berikutan krisis di Perak :
1. Lompat Dato' Nasa ADUN Bota. 25/1 lompat ke PKR, 11 hari kemudian lompat balik ke UMNO. Lihat kes sanator Zaid Ibrahim. Beliau hanya menghadiri kongres tahunan PKR di Selangor tahun lepas. tak sampai seminggu MT umno memutuskan untuk memecat keahlian beliau dari umno. MENGAPA dalam kes Dato' Nasa ini,sewaktu lompat ke PKR, UMNO tidak memecat beliau, 11 hari kemudian boleh melompat semula ke umno?
MUNGKIN Dato' Nasa hanyalah strategi decoy Najib Razak untuk mengaburi plan rampasan kuasa ini. INGAT!!! 27/1 2 ADUN PKR telah dilaporkan hilang..
MUNGKIN step lompat yang pertama ini adalah modal untuk najib menghalalkan rampasan kuasa ini.
2. Perletakkan jawatan pengerusi perhubungan UMNO perak oleh Tajol Rosli. Diambilalih oleh Najib Razak. Bila diinterview oleh press, Tajol nyatakan letakkan jawatannya kerana tanggungjawab terhadap peristiwa Dato' Nasa melompat ke PKR.Secara sinis Tajol katakan 'lets the game begin'. MUNGKIN rampasan kuasa ini telah dirancang dengan teliti dari awal lg. INGAT!! Najib yang ambil alih, dan Najib semestinya mahu membuktikan kredibilitinya. INGAT!! March depan adalah peralihan kuasa dari Pak Lah ke Najib sebagai PM.
3. Kehilangan 2 ADUN PKR yang kemudiannya mengistiharkan BEBAS dan menyokong BN. Kemana menghilangnya mereka ini selama lebih seminggu? Bila tuan Sepeker DUN meneyrahkan surat akujanji perletakkan jawatan baru keluar 2 ADUN ini menafikan. Itupun melalui wakil masing2. MC dan sakit pinggang. Mengapa perlu ke Pahang untuk berubat (ini dinyatakan oleh wakil mereka sendiri)? MUNGKIN mereka telah diculik dan dibrain wash oleh najib dengan ganjaran dan wang untuk melompat parti.INGAT!! 2 ADUN ini muncul dengan ceria tanpa nampak sakit sewaktu sidang media Najib di Putrajaya.
4. Kentaan media selepas keluar dari istana. Dato Seri Nizar ada menyatakan sultan bertitah padanya ' Allah bersama org2 yang bersabar'. Najib pula menyatakan(memberikan kata 2 pada sultan?)Samada BN memerintah atau pembubaran DUN. MUNGKIN pihak istana ditekan oleh team Najib ini untuk melantik MB umno yang baru. Sultan Perak merupakan bekas ketua hakim negara. Bukannya seorang yang tidak faham undang2. kerana ditekan baginda arahkan Nizar letak jawatan dan melantik MB umno yang baru kerana baginda tahu dengan keputusannya ini, Dato' Nizar boleh membatalkanya di mahkamah. dan DUN boleh dibubar. Baginda lepas dari tekanan Najib ini. INGAT!! sejarah Mahathir dengan institusi Raja dahulu. INGAT!! Baginda nyatakan 'Allah bersama org2 yang sabar"
Terlalu banyak kemungkinan yang boleh ditafsir. Anda pening? rilek.. kita layan jer papan catur ini. Season 2 drama ini baru nak start. lagipun POLITIK kan seni kemungkinan? But, make your stand clear. anda berada di kem yang mana?
0 comments:
Post a Comment