PERSEPSI MEDIA
Dalam seni politik, 'persepsi' merupakan elemen yang sangat penting. Sama pentingnya 'penjenamaan' dalam ilmu 'marketing'. Pihak mana yang berjaya membentuk persepsi dengan bijak terhadap parti dan pihak lawannya, pasti berjaya memperolehi sokongan majoriti dalam sesuatu pilihanraya. Method yang paling berkesan untuk membentuk persepsi rakyat ialah melalui medium media. Kelebihan media yang bersifat pantas, friendly dan seterusnya mudah sampai kpd kumpulan sasaran menjadikannya satu alat propaganda yg amat terkesan. Teori Adolf Hitler - 'satu fakta pembohongan jika diulang berkali-kali, akan menjadi benar pada pandangan audien' . Teori ini amat berkait rapat dengan kuasa media ini.
1. Situasi di Perak. Isu krisis perlembagaan, politik ugut, tak bermoral, rasuah dan penculikan YB2 ala CIA, di alih fokus dengan baik oleh media BN dengan momokan isu derhaka dan ketuanan melayu. Apa kes dengan yg ini dan ini? kenapa BN tidak memperjuangkannya? jika benar ia jujur dan ikhlas ttg isu derhaka ini. Jelas ini hanya teknik utk mengaburkan persepsi rakyat terhadap kezaliman BN.
2. 'Laporan Polis'... Cukup berkesan dalam membentuk persepsi rakyat. Arahkan semua cawangan dan bahagiannya membuat perhimpunan dan berarak membuat laporan polis ttg sesuatu isu. Perbesarkannya melalui media, pasti audien akan menanggap tertuduh bersalah, tanpa menunggu Mahkamah menentukannya dulu. Prinsip Rule Of Law dibelakangkan sama sekali, dan yg penting persepsi berjaya dibentuk.. Apa kes dgn yg ini ? Mengapa media perdana tidak memperbesar-besarkanya?
3. 'Plot Planning'... Isu ADUN Bukit Selambau. Satu petisyen kpd istana telah dibuat (dirancang?) oleh sekempulan penduduk kg (saper ni?), mengenai salah laku moral salah seorg exco Kedah (tanpa disebutkan nama). Berita ini heboh di mainkan oleh TV3. Ingat!! petisyen ini dibuat selepas ADUN PKR ini membuat akuan bersumpah dan laporan polis mengenai ugutan dan rasuah oleh umno terhadapnya supaya melompat parti ke BN. Sekarang, media menutup kisah ugutan dan tekanan ini, dgn memomokan isu moral sebagai punca perletakkan jawatanya. Persepsi diper'plot'kan dalam kes ini.
4. 'Perpecahan kem lawan'... Isu Karpal mengkritik Anwar dan pimpinan DAP, dimainkan dengan baik oleh media. Persepsi pepecahan PR mampu membuatkan undi atas pagar akan beralih kepada BN dalam PRK nanti. Yess..karpal mmg agak bermasalah kerana sifatnya begitu, but DS Anwar, Hj Hadi, Lim Kit Siang cukup komited mengenai penyatuan dalam Pakatan Rakyat ini. Apa kes dgn yg ini dan ini? mengapa media tidak memperbesarkannya? gentar persepsi rakyat terbentuk bahawa BN bakal berpecah??
Justeru itu, kita tidak seharusnya tertipu dengan mudah kepada alat-alat propaganda ini. Baca boleh, beli jangan... Tengok boleh, percaya jangan...
0 comments:
Post a Comment