Thursday, February 26, 2009

TRADISI MEMBANTAI RAKYAT

Kadar tol lima lebuh raya naik 1 Mac - Mstar

PETALING JAYA: Kadar tol di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac ini.


Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad hari ini.

Sementara itu, Starbiz melaporkan kerajaan telah dijangka akan membuat keputusan tersebut sebelum hujung minggu ini, kerana telah menangguhkan keputusan untuk menaikkan kadar tol selama dua bulan.

"Tiga pemilik konsesi lebuh raya telah mengalami kelewatan untuk menaikkan kadar tol mengikut perjanjian yang telah ditandatangi sebelum ini.

"Pemilik konsesi yang terlibat adalah Lebuh Raya Utara-Selatan, IJM Corp Bhd dan Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (Litrak).

"Manakala dua lagi, adalah Lebuh Raya Utara-Selatan, Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)," lapor C.S Tan.

PasaKaki - Korang nampak tak?? Ini startegi nak mengaburi mata rakyat. Di umumkan dulu secara tergesa-gesa penutupan kutipan tol di 2 lebuhraya area KL. Tujuannya untuk menunjukkan BN menjaga kebajikan rakyat. Nahh.. ari ini diumumkan kadar tol untuk lebuh raya utama dinaikkan 1 mac ini. Apa relevennya? dalam keadaan ekonomi rakyat cukup tertekan dan subsidi minyak yg tak di beri lagi. Untuk apa? Nak mengkayakan kroni2 syarikat konsesi dan memeritkan rakyat marhaen? HANYA SATU KATA UNTUK PENINDASAN.. LAWANNN!!!!

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP