CHET DET LEBIH TAHU
UMNO/BN bertindak di luar perlembagaan
KUALA LUMPUR (14 Mac) - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rampasan kuasa dari kerajaan negeri Pakatan Rakyat oleh Umno/BN tidak mengikut perlembagaan.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, banyak kesilapan, strategi yang salah dan kecuaian berlaku dalam ' rampasan kuasa' 5 Feb itu, yang dirancangkan oleh TPM DS Najib sehingga mendorong kepada krisis semasa di Perak.
"Anda tidak boleh menjatuhkan Menteri Besar atau Perdana Menteri tanpa undi tidak percaya yang perlu diadakan melalui persidangan dewan undangan negeri," katanya pada majlis anjuran Mubarak.
"Umno-BN terlalu cuai dan tidak menunggu persidangan DUN tetapi sebaliknya meminta perkenan Sultan Perak supaya menyingkirkan Menteri Besar," katanya merujuk pada keputusan Sultan Azlan Shah meminta Datuk Seri Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan.

"Setahu saya, tiada peruntukan seumpama itu dalam Perlembagaan Negeri Perak mahupun Perlembagaan Persekutuan."
Dr Mahathir berkata oleh kerana itu, kini mahkamah boleh membuat keputusan bahawa Sultan tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seorang Menteri Besar.
BN sepatutnya mematuhi undang-undang negara, terutama Perlembagaan, katanya sambil menegaskan bahawa sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang akan menyebabkan rakyat tidak menerimanya.
"Kita telah membuat kesilapan dalam tindakan yang diambil, jadi kini rakyat menentang kita,"katanya yang keluar daripada Umno pada tahun lepas.
1 comments:
Chedet kan dah lama dengan asam garam politik ni. Biasalah.
notobn.blogspot.com
Post a Comment