Monday, March 30, 2009

Engkau Berkuasa, Tetapi Engkau Tetap Hamba..

Manusia telah diciptakan Allah SWT daripada air mani yang langsung tiada nilainya. Daripada setitis air mani itulah manusia diberikan akal fikiran sehingga mampu untuk mentadbir dunia yang luas ini sebagai seorang pemimpin. Kepimpinan ini telah diberikan oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dari kalangan hamba-hambaNya.

Namun, kekuasaan yang diberikan tersebut, boleh ditarik bila-bila masa yang dikehendakiNya. Tetapi, malangnya kebanyakan pemimpin yang berkuasa ini, merasakan mereka benar-benar berkuasa, dan mampu mengekalkan kuasanya. Seolah-olah merekalah empunya kuasa yang sebenar, sedangkan ia milik Allah sahaja.

Hakikat pemimpin tersebut ialah seorang hamba. Walaupun mereka ialah pemimpin yang paling hebat di dunia sekalipun, mereka tetap seorang hamba kepada TuhanNya. Tetapi, kebanyakan daripada mereka tidak merasakan diri mereka sebagai hamba, tetapi sebagai tuhan, sedangkan apalah sangat kuasa yang ada pada mereka.

Ketika zaman Nabi Musa AS, Beliau terpaksa berhadapan dengan Firaun, seorang pemimpin yang mengaku ketuhanannya. Dengan sombong Firaun mendakwa bahawa dia mempunyai kuasa menghidup dan mematikan manusia. Lalu, dibawa kepadanya dua orang tawanan, lalu dia menyuruh tenteranya membunuh salah seorang daripada mereka dan membiarkan seorang lagi. Lalu dia berkata kepada Nabi Musa, “lihatlah, aku mampu menghidup dan mematikan sesiapa”.

Namun begitu, Nabi Musa AS mencabarnya supaya menerbitkan matahari dari arah bertentangan sepertimana yang telah disusun oleh Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya. Firaun tidak mampu berbuat apa-apa melainkan terus berkeras dengan kesombongan yang ada. Peristiwa ini telah pun berlaku hari ini, seolah-olah sejarah itu sedang berputar kembali.

Hari ini, pemimpin-pemimpin seperti ini berkata “akulah yang memberi engkau makan dan minum, bahkan engkau mendapat projek-projek besar kerana aku, maka engkau perlu mematuhi aku. Sekiranya tidak, aku mampu untuk menyekat segala-galanya untukmu!” Inilah kata-kata Firaun jelmaan hari ini.

Seolah-olah tidak rasa bersalah dengan kata-kata tersebut.Inilah hakikatnya, seorang pemimpin yang berkuasa, tetapi dia tetap seorang hamba! Hamba kepada Allah yang memiliki segala kekuasaannya.

Jadilah pemimpin yang paling tinggi kehambaannya kepada Allah SWT, dan janganlah menjadi seorang yang hina, tetapi sombong di hadapan Allah SWT.

Salam Perjuangan,

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP