FACE OFF
TV3 suku dan RTM menipu lagi. Dalam berita utamanya malam td, dilaporkan kekecohan ditimbulkan oleh penyokong-penyokong PR dihadapan bangunan SUK pada pagi td.
Mengikut laporan dr blogger2 yg berada ditempat kejadian, jelas provokasi dirancang dan dicetuskan oleh sekumpulan pemuda yg gayanya seperti samseng. Jika diperhatikan dengan teliti laporan didalam TV1, jelas kelihatan pemuda bersongkok tinggi ini yang mencabar dan memprovok penyokong PR.
Perisikrakyat melaporkan segalanya bermula bila mana rombongan MB Nizar dan exconya tiba dihadapan bangunan SUK dan berjalan kearah pintu masuknya. Belum pun MB Nizar dan ADUN2 PR sampai kepada benteng FRU dan polis, muncul kumpulan songkok tinggi ini. Mereka bertindak merempuh pengawal2 keselamatan ADUN2 PR dan memaki hamun MB Nizar dan penyokong pakatan rakyat.

Yg lebih sukar diterima akal, pihak polis dan FRU membiarkan sahaja kumpulan samseng bersongkok tinggi ini mengasak dan memprovok kumpulan PR. Kumpulan ini bertindak ala samseng dan polis hanya diam membatu melihat tanpa menghalang.
Media arus perdana pasti akan menggelapkan cerita ini. Fitnah, manupulasi dan tuduhan negatif terhadap PR akan digoreng secukupnya sepanjang minggu ini oleh media umno ini. Persetankan etika dan profesionalisme kewartawanan. Yang penting, persepsi buruk Pakatan Rakyat dapat dibentuk kpd audien2.
Jika karpal diserang oleh pemuda umno kerana melebelkan pemuda umno sebagai 'celaka'.
Nahh.. sekarang, Anda boleh menilai sendiri, siapakah 'celaka' tersebut..
0 comments:
Post a Comment