MESTI ADA SESUATU
Pembacaan politik negara semakin menarik. Terkini, pertemuan empat mata antara perdana menteri dengan ketua pembangkang di sebuah madrasah di Hulu Langat hari ini membuka pelbagai spekulasi.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut makan tengah hari bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di madrasah Nurul Iman yang diasaskan oleh seorang tokoh agama Syeikh Mahmud al-Majzub. Majlis itu turut dihadiri beberapa ulama luar negara bersempena sambutan Maulud Rasul.
Berikut sebahagian komentar saudara Mohd Sayuti Omar, di dalam blognya. Beliau turut di jemput hadir dalam majlis tersebut.
[..] Shamsul Iskandar mendedahkan bahawa pertemuan Anwar dengan Abdullah itu sekadar di mejakan makan sahaja. Itulah yang hendak ditegaskan oleh Shamsul.
Apakah selepas makan itu sementara menunggu solat Zohor mereka tidak berganjak ke dalam bilik berdekatan meja makan itu? Dan apakah Iskandar juga turut sama menyelit ke dalam bilik berkenaan dan mendengar kesemua butir bicara mereka? Dan apakah keperluannya dari segi politik untuk Shamsul menafikannya?
Saya difahamkan sendiri oleh seorang ahli MPT PKR yang turut hadir, (berkedudukan seperti Shamsul di dalam rumah itu) menurutnya ada berlaku pertemuan enam biji mata antara mereka bertiga; Anwar, Abdullah dan Sheikh Mahmud. Pastilah Shekh Mahmud berada ditengah.
Menurut ahli MPT itu Sheikh Mahmud ada mengatakan sesutau yang penting untuk kedua pemimpin itu. Tidak terniat untuk saya mencatatkan antara dialog Sheikh Mahmud dalam bilik itu seperti mana dituturkan oleh ahli MPT berkenaan, tetapi cukuplah kalau dikatakan ia sangat menarik. Iya sangat menarik.
Pasti esok wartawan akan memburu Abdullah untuk mendapat ulasan daripadanya. Sama-samalah pula kita dengar apa yang dikatakan Abdullah dan sama-sama kita padan dengan apa yang diucapkan oleh Anwar dan Shamsul itu.
Takdirnya sama, maka terimalah persamaan itu.
Mengenai Shamsul Iskandar, sekiranya kedatangan Abdullah itu tidak ada mengada mengapa beliau bersusah berlari anak untuk menyambut Abdullah sebaik mengetahui ketibaan Abdullah. Apakah sambutan itu sebagai mnghormati pemimpin nombor satu negara? Ataupun sambutan itu kerana menghormati kedatangan delagasi pertama untuk bertemu dan berunding secara tidak langsung?
Ketika ditanya apakah yang dibicarakan (ngobrol) oleh Anwar dan Abdullah semasa mereka makan, Shamsul hanya berkata no comment? Apakah no comment itu beliau mendengar sesuatu atau tidak mendengar apa-apa? Atau tidak mahu menjelaskan apa yang diketahui kerana sebab-sebab tertentu?
Logiknya untuk apa Abdullah beriya hadir pada waktu itu sedangkan majlis untuknya diaturkan besok. Hari ini yang menjadi tetamu utama ialah Anwar Ibrahim. Kehadiran Anwar itu dicatatkan dalam kad jemputan kehormatan yang saya terima. Selain nama Anwar, kad jemputan itu mencatat nama Drs H Muhammad Yusuf Kala, Naib Presiden Indonesia.
Nama lain dalam kad jemputan itu ialah, Dr Bohkin Bhalakula, timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Thailand.
Ingatlah kepada bidalan lama yang masih relevan sekiranya tidak ada mengada tempua tidak akan bersarang rendah. Pastinya kehadiran Abdullah dan Anwar ke madrasah Nurul Iman itu ada rahmat dan yang pastinya mereka dihantar oleh Allah untuk bertemu, bertentangan mata dan berjabat salam.
Apa yang dapat disaksikan dan dirasakan ia sungguh memberi erti besar. Tidak mustahil dalam menghuraikan erti dan hikmah pertemuan Abdullah – Anwar tengah hari tadi ia menyebabkan selesama Najib semasa membentang minit bajet di parlimen tadi semakin melarat dan mungkin akan membawa kepada demam dan panas kepada pula. [..]
0 comments:
Post a Comment