Nasib Kerajaan Tanpa Sijil Halal
[...] Dalam kesibukan Najib mengejar jawatan nombor wahid itu, nampaknya projek sulit Najb di Perak kurang menjadi. Kerajaan haram sudah ditabalkan, tetapi kecohnya belum lagi reda.
Dia memang berjaya memaksa Nizar Jamaluddin keluar dari rumah rasmi Menteri Besar, tetapi kesnya tetap tersangkut di mahkamah. Biarlah mahkamah menentukannya.
Satu lagi 'mahkamah' sedang bersidang di Bukit Gantang, dan hakim rakyat akan membuat keputusan 7 April ini. Zambry Kadir belum boleh tidur lena walaupun sudah digelar YAB secara haram. Dia terpaksa berhadapan dengan keadaan ini sehingga terpaksa menarik diri dari bertanding jawatan Majlis Tertinggi Umno.
Kali ini sama ada Zambry benar-benar membuat keputusan sendiri atau dikambinghitamkan juga seperti Sirul Azhar tidak pula diketahui.
Kegawatan politik Perak itu menggelegak semula selepas Speaker DUN Perak, V Sivakumar mengambil keputusan menggantung keahlian Zambry dan enam Exconya sebagai Adun.
Maknanya, beliau tidak boleh menghadiri sidang Dun selagi mana status keahliannya digantung. Dia memang tidak berpuas hati, tetapi Speaker memang mempunyai kuasa, kata Prof Aziz Bari, pakar undang-undang perlembagaan dari UIAM.
Itulah akibatnya memperoleh sebuah kerajaan yang 'dicuri'. Kerajaan lemah dan tidak dapat berfungsi lagi. Nampaknya Sultan Perak terpaksa mengambil jalan terakhir ? membubarkan dewan negeri.
Umno cukup tidak mahu pilihan raya diadakan pada saat ini. Lihatlah bagaimana tarikh dua pilihan raya kecil ditetap dua hari sebelum habis tarikh matangnya ? 60 hari. Apabila desas-desus kerusi DUN Bukit Lanjan juga akan dikosongkan, para pemimpin BN mempertahankan bahawa Elizabeth Wong tidak perlu meletakkan jawatan.
Tetapi, jika keadaan politik sudah tidak menentu di Perak, mahu tidak mahu sultan tidak ada pilihan. Menteri Besar lama yang dikatakan sah oleh rakyat dihalang memasuki pejabat, Menteri Besar baru yang 'haram' pula sudah tidak boleh berfungsi di dewan negeri walaupun diraikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang lebih sudu dari kuah.
Bagaimana seorang yang digantung keahliannya di dewan negeri boleh menjadi Menteri Besar, sedangkan syarat menjadi Menteri Besar ialah mesti seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Dun). Tetapi kini keahliannya digantung selama 18 bulan daripada menghadiri sidang Dun. Kalau dia rasa masih MB macam mana Zambry nak bentang belanjawan negeri perak untuk tahun 2010 sedangkan dia tidak boleh menghadiri sidang Dun Perak.
Sepatutnya Zambry sudah hilang kelayakan sebagai Menteri Besar kerana keahliannya sudah digantung. Ya! Seperti kedudukan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Ketua Umno Kota Bharu dahulu, terlucut jawatan kerana keahlian digantung! Maka, dengan sendirinya kedudukan Zambry juga begitu.
Speaker menggunakan kuasanya untuk mengambil tindakan ke atas Adun yang tidak berdisiplin. Ini adalah amalan di semua negara Komanwel, kata Prof Aziz Bari. Apa tunggu lagi?
Kini giliran Zambry pula untuk mengosongkan pejabatnya di Wisma Darul Ridzuan.
Kini giliran Zambry pula untuk mengosongkan pejabatnya di Wisma Darul Ridzuan.
Tapi saya percaya Zambry tidak akan berbuat begitu kerana ia akan memalukan Najib. Najib sudah tentu tidak sanggup dipersalahkan lagi di atas kemelut ini. Inilah akibatnya apabila memimpin sebuah kerajaan tanpa sijil halal yang sah!
Rakyat sudah tahu apa peranan Najib dalam menubuhkan kerajaan haram di Perak. Mereka tidak berani membawa usul tidak percaya ke Dun walaupun berjaya menculik dan merasuah tiga Adun Pakatan Rakyat. Dia tahu kerajaan Pakatan tidak akan jatuh jika dibuat usul tidak percaya, lalu mereka menggunakan saluran istana untuk memaksa Nizar meletakkan jawatan.
Nizar belum meletak jawatan, tetapi Zambry sudah mengangkat sumpah. Itu yang membuatkan Speaker hilang sabar agaknya, lalu menggantung keahlian Zambry. Kini Najib tidak mahu bertanggung jawab, lalu dipindahkan semua kesilapan ini kepada istana.
Kononnya istana yang mengarahkan Zambry mengangkat sumpah, lalu dia mahu melonggokkan kegawatan ini di atas bahu istana. Istanakah yang menculik dan merasuah wakil rakyat? Atau Najib yang melakukannya, kemudian mendesak istana menerima sumpah Zambry.[...]
oleh : Mahfuz Omar
read more
0 comments:
Post a Comment