Monday, March 9, 2009

TEGAKKAN ISLAM HANCURKAN IDEOLOGI2 JAHILLIYAH !!

"Islam adalah menyeluruh, mencakupi semua bidang hidup; Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan ummat. Akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Kebendaan dan harta atau usaha dan kekayaan. Jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Akidah yang benar dan ibadat yang sah."

AS-SYAHID IMAM HASAN AL BANNA

Ada satu fakta penting yang perlu kita jadikan pedoman dalam gerakan dakwah, sama ada dakwah di kalangan orang-orang yang sudah menganut Islam atau belum. Fakta itu terbit daripada tabiat dan sejarah itu sendiri.

Fakta yang dimaksudkan itu ialah bahawa Islam itu adalah merupakan suatu konsep yang lengkap mengenai pengertian wujud dan hidup, suatu konsep yang menpunyai ciri-ciri tertentu. Konsep itu kemudiannya melahirkan suatu program tersendiri mengenai seluruh aspek kehidupan; program yang menjadi dasar kepada suatu sistem yang unik.

Tugas utama Islam ialah membentuk hidup manusia; hidup yang selaras dengan konsep ini, dan menjelmakan konsep ini ke dalam alam realiti di samping menegakkan peraturan Ilahi yang telah digariskan oleh Allah SWT dan mampu melahirkan umat Islam yang menjadi model bagi terlaksananya peraturan Ilahi itu.

Allah berfirman:

Maksudnya : Kamu adalah umat yang tebaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.

Mengenai sifat umat Islam yang sebenar, Allah telah memberikan gambaran yang terang :

Maksudnya: Orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan kepada Allah lah kembali segala urusan.

Sesungguhnya Islam tidak dapat menerima cara penyelesaian yang berbentuk separuh masa pergeserannya dengan jahiliyyah baik penyelesaian di bidang konsep mahupun penyelesaian di bidang realiti yang di hasilkan oleh konsep itu. Penyelesaiannya satu sahaja sama ada Islam yang menang atau jahiliyyah hancur berkecai atau sebaliknya. Tidak ada penyelesaian separuh masak, tidak ada perkongsian di dalam penyelesaian berbentuk separuh Islam dan separuh jahiliyyah. Yang ada hanya sama ada Islam atau jahiliyyah.

Islam selamanya memandang bahawa hak dan kebenaran satu sahaja, tiada dua baginya dan yang lain daripada yang hak itu ialah kebatilan tiada titik pertemuan antara keduanya yang ada ialah hukum Allah dan hukum jahiliyyah - syariat Allah atau hawa nafsu.

Memang dua shaja perkaranya, tiada tiga; iaitu sama ada mematuhi suruhan Allah dan Rasul-Nya atau mematuhi hawa nafsu. Sama ada melaksanakan hukum yang Allah turunkan dengan amanah atau menyelewengkan peraturan yang telah Allah tetapkan. Tiada lagi sebarang dalih atau alasan boleh di kemukakan untuk melepaskan diri dari ketetapan yang begitu jelas dan pemutus dari Allah itu.

Dari keterangan diatas nyatalah bahawa tugas Islam ialah menyingkirkan jahiliyyah dari sebarang peranan memimpin umat manusia dan mengambil alih peranan yang sedang dilakukan oleh jahiliyyah di dalam urusan yang di sebutkan itu dan melaksanakan peranan memegang pimpinan umat manusia itu dengan berpandukan program Isalam itu sendiri, pimpinan yang bermatlamatkan kebahagiaan abadi bagi seluruh umat manusia juga bermatlamatkan kebajikan sejati kepada mereka, dengan cara membawa mereka kembali ke jalan Tuhannya.

Demikian juga tugas Islam itu untuk mrmbawa umat manusia keluar dari alam yang rendah kealam yang tinggi dan membebaskan mereka dari pemerintahan hawa nafsu. Adalah menjadi suatu kewajipan kita untuk tidak untuk tidak membiarkan umat manusia terus menerus di kelirukan.

Kita berkewajipan memberi pengertian kepada mereka bahawa Islam itu bukanlah hanya satu aliran fikiran atau isme mengenai realiti kehidupan manusia. Islam adalah Islam. Islam dengan keperibadiannya tersendiri dan konsepnya yang bebas dan tidak terikat kepada mana- mana jua konsep duniawi. Islam mampu melahirkan suatu realiti yang baik daripada yang diimpikan oleh umat manusia. Islam yang tinggi nilainya, yang suci dan murni, terpancar indah dari sumber asli daripada Allah yang maha besar dan maha agung.

Apabila kita mengerti dan faham akan hakikat Islam seperti yang kita huraikan tadi maka secara automatik pengertian dan faham kita itu akan memberikan kekuatan dan daya untuk mengemukakan Islam kepada umat manusia dengan cara terbuka dan suara yang nyaring.

Pengertian dan kefahaman itu memberi keyakinan bahawa apa yang ada pada kita ialah kebenaran muylak dan apa yang masih dipegang oleh manusia jahiliyah itu ialah kebatilan. Pengertian dan kefahaman itu juga akan menimbulkan rasa kasihan kita melihat umat manusia yang sedang hidup di dalam kesesatan dan timbul rasa kewajipan untuk mengajak dan membimbing mereka ke jalan kebenaran, akan timbul pula rasa simpati yang mendalam,yang menggamit kita untuk berusaha menyampaikan seruan hidayah Illahi kepada mereka.

Begitulah hendaknya kita katakan kepada umat manusia pada ketika kita mengemukakan Islam kepada mereka, kerana ini adalah suatu hakikat dan kerana inilah bentuk percakapan yang Islam mula- mula kemukakan pada manusia dahulu, baik di semenanjung Arabia, di Parsi atau di Rome. Dan dimana- mana sahaja Islam menyampaikan dakwahnya.

Dakwah ini tidak dimulakan di dalam suasana dan situasi yang lebih baik daripada suasana dan situasi yang ada sekarang. Ia tidak dihiraukan orang pada hari permulaanya. Ia terkurung di lorong- lorong gelap dan sempit Mekah sahaja. Dan terhad dalam karangan orang bawahan dan miskin,jauh dari kalangan pembesar dan hartawan yang berpengaruh.

Pada zamannya, Ia merupakan satu benda yang aneh pada selera orang ramai, tersisih dan tersepit antara dua generasi dunia. Empayar- empayar besar yang kesemuanya menentang konsep yang dibawanya. Namun demikian dakwah ini cukup kuat, seperti ia kuat pada hari ini dan akan tetap kuat juga besok dan sepanjang zaman sebab unsur- unsur kekuatan memang ada terpendam di dalam tabiat akidahnya sendiri.

Rahsia kebenarannya tersembunyi dalam bentuk kesederhanaan yang menjadi asas bagi gerakannya. Kekuatannya juga tersembunyi dalam tabiatnya yang selaras dengan fitrah dan juga tersembunyi disebalik kemampuannya membimbing umat manusia mendaki puncak kemajuan dalam segenap peringkat hidup manusia, baik dalam tahap mana sekalipun manusia itu berada baik dilapangan ekonomi, sosial dan kebudayaan.

Malah ia tetap menyuarakan kebenaran dengan nyaring di samping memberi kesedaran kepada manusia bahawa ia membawa kebajikan, rahmat dan berkat. Sesungguhnya tekanan konsep dan realiti bercorak kemasyarakatan adalah merupakan suatu tekanan yang berat, terutama sekali dikalangan kaum wanita.Memang berat sekali pengaruh tekanan itu keatas wanita Islam.

Tetapi kita berpantang mundur. Pertama sekali kita pelu tetap dan tegas pendirian kemudian kita buktikan kebaikan dan kesucian Islam, supaya pihak jahiliyyah dapat melihat betapa rendah dan betapa kotornya realiti berbanding dengan kesucian dan kehormatan yang hendak kita tegakkan sebagai gantinya itu.

Yang paling penting sekali ialah berpindahnya para penganut jahiliyyah kepada pangkuan Islam, sama ada para penganut jahiliyyah itu terdiri daripada orang yang sedang menghuni negeri atau negara yang di namakan sebagai negara Islam, ataupun dari kalangan orang yang menganggap diri mereka telah menjadi orang Islam, atau mereka tinggal di negara yang bukan Islam, mereka keluar meninggalkan jahiliyyah itu jauh-jauh dan ikut menghayati nikmat Islam seperti kita dan seperti yang kita sedang perjuangkan perlaksanaannya.

Kalau tidak, tiada ucapan lain yang dapat diucapkan kepada mereka selain yang diarah oleh Allah kepada Rasul-Nya:

Untukmulah agamamu, dam untukkulah agamaku... (Al-Kafirun 6)

JARAKNYA MASIH JAUH
Petunjuk Sepanjang Jalan

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP