Tuesday, March 3, 2009

SIDANG DUN BAWAH POKOK !!

TAMAT.. Perkembangan semakin menarik. Persoalan :

1. Adakah keputusan sidang ini akan diterima oleh pihak istana?
2. Adakah mahkamah membenarkan injuksi dari Dr.Zombie?
3. Adakah status kerajaan Perak sekarang tergantung?

kita tunggu dan lihat. Yg pasti sejarah tercipta pagi ini. Polis dipergunakan oleh umno/bn. Sidang terpaksa dibuat dibawah pokok. Semua rakyat yg hadir melihat secara langsung persidangan berlangsung. Dibawah pohon, kerajaan rakyat dari rakyat kepada rakyat untuk rakyat. Pokok di hadapan bangunan SUK menjadi saksi. Demokrasi di laksanakan dibawahnya..

Drama di Perak : Adakah ini permulaan kepada pengakhiran ?

sumber dari anilnetto, malaysiakini, notoumno, albanjar.

10.49am:
Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin berkata beliau akan cuba untuk menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda mengenai keputusan sidang tergempar DUN Perak pagi ini. Katanya, sidang tersebut diadakan mengikut aturan dan peraturan.

10.46am:
Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian kerana mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.

10.35am:
Di Mahkamah Tinggi Ipoh, Tommy Thomas, peguam yang mewakil Speaker Sivakumar memberitahu sidang akhbar bahawa hakim telah memutuskan bahawa peguam persendirian tidak boleh mewakili speaker.Berikutan itu, Thomas dan peguam lain telah menarik diri daripada mewakili Sivakumar. Thomas berkata, beliau menunggu arahan daripada Sivakumar mengenai tindakan selanjutnya.

10.30am
malaysiakini report : Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.

10.25am
Usul kedua - membubarkan DUN - diluluskan dengan sebulat suara.
DUN PERAK BUBAR!!

10.23am
Usul pertama yang dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.

10.23 am
1000 orang sedang memerhatikan persidangan. FRU terus mengawal pintu masuk SUK di sertai oleh 30 orang beruk UMNO yang dari tadi menghalang seperti samseng.




10:21am
They are having the Dewan assembly sitting under a tree! They are meeting right next to my contact's car. It's all very formal and they are addressing the Speaker as Yang DiPertua.
report anilnetto

10:17am
They are starting the proceedings with a prayer as a crowd of about 500-600 look on.

10:16am
The Speaker has just announced that he will be holding the sitting of the State Assembly about 50 metres from the entrance in an open space near a couple of trees.

10.13 am
Speaker, YB V.Sivakumar umumkan kawasan berdekatan dengan SUK, iaitu kira-kira jarak 100 meter sebagai tempat untuk bersidang. Sidang Dewan DUN Perak sedang berlangsung

10.13am
Lawak !!!
Tiba tiba hakim bertukar.dari anilnetto ... Fyi, Judial Commissioner Ridwan Ibrahim should the judge hearing the habeas corpus of Hindraf Leader last time but suddenly changed to Justice Muhammead Ideres Muhammad Rapee.

10.06 am
Di mahkamah tinggi, dua peguam dari dua pihak sedang berada di dalam bilik mahkamah. Sudah hampir 20 minit.UMNO menghantar orang orangnya mengganggu YB PR dari memasuki dewan untuk memberikan kesempatan mendapatkan keputusan dari mahkamah.MB Niza sedang berada di dalam kereta di lokasi hampir dengan bangunan SUK. laporan anilnetto

10.ooam
All the PR Aduns are now moving to the DAP office opposite the entrance to the state government building, reports my contact. The DAP's Ngeh says they are going to have a press conference there.

9.59 am
Di laporkan pergaduhan nyaris berlaku akibat PROVOKASI tersebut. Peluang untuk orang ramai sekitar melihat perangai UMNO UMNO yang datang berkumpulan.Mereka tidak sedikit pun takut dengan polis polis yang berada di sekitar.

9.57 am
Penyokong UMNO sekarang sedang masih lagi cuba PROVOK YB YB pakatan Rakyat dengan bahasa lucah dan terlalu dekat dengan YB YB. FRU masih berkawal di depan bangunan.Rakyat sedang memerhati tingkah laku UMNO yang berada di sana.

9.53 am
Polis dan sebuah trak FRU menutup pintu utama bangunan sekretariat kerajaan negeri. Wakil rakyat Pakatan dijangka cuba masuk ke dalam bangunan untuk ke Dewan Undangan Negeri melalui pintu tersebut. - laporan dr malaysiakini

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP