BUKIT GANTANG: RAGAM KEMPEN
Konsert Yasin sokong Pakatan- malaysiakini
Penyanyi lagu irama world music terkenal Yasin dan juara Akademi Nasyid Azhar Atan malam tadi bukan sekadar tampil menghiburkan penonton, malah menyelitkan unsur-unsur kempen untuk pembangkang dalam persembahan mereka di Simpang, Bukit Gantang.
Yasin, bersama gandingan lamanya dalam kumpulan Brothers, Salleh berpadu suara dengan penyanyi rap Akhbar dilihat beberapa kali memberikan ingatkan kepada kira-kira 150 peminat dan penyokong Pakatan di konsert santai di Simpang itu. "Jangan lupa, Selasa ini, undilah calon Pakatan Rakyat," disambut tepukan dan sorakan penonton di pentas terbuka di kawasan rehat R&R di situ.
Mereka menyampaikan lagu-lagu terkenal yang pernah menjadi siulan ramai, antaranya, Satu Perjuangan, Teman Sejati dan Alhamdulillah. Membuat persembahan terakhir, Azhar menyampaikan lagu Iqra' yang pernah dipopularkan papa rock Malaysia Ramli Sarip, sambil menyatakan mesej sama kepada penonton.
Suasana ceria dan santai ala konsert fun fair itu malah diserikan dengan nyanyian duet ketiga-tiga artis tersebut bersama ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin dan kira-kira 15 anggota pergerakan itu yang datang dari Pahang.
Konsert Santai Anak Muda anjuran bersama AMK dan Gerakan Mansuhkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) itu turut dimeriahkan dengan persembahan deklamasi penyajak terkenal Dinsman, HMS Abu bakar dan penulis Razali Endun.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas menyampaikan tiga lagu, Yasin berkata ini merupakan "perjuangan kecil-kecil tetapi konsisten" untuk menggalas "harapan perubahan untuk Malaysia". Beliau bagaimanapun menafikan menganggotai PKR tetapi hanya penyokongnya sejak peristiwa reformasi 1998.
Ditanya sama ada beliau menghadapi masalah akibat kehadirannya ke pentas pembangkang, Yasin berkata, beliau tidak menghadapi sebarang masalah: " Setakat hari ini tidak ada," katanya yang mendakwa sudah lebih sepuluh kali hadir di pentas pembangkang.
korang baca plak berita kat bawah nih..
Gadis seksi pancing undi BN? - malaysiakini
Kehadiran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ismail Saffian di majlis makan malam di Kampung Baru Kuala Sepetang - sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang di parlimen Bukit Gantang - kini menjadi bahan perbualan.
Majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dan calon BN selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil parlimen itu.
Tiga artis Cina berseluar pendek dan singlet biru itu menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut. Majlis makan malam perpaduan dihadiri kira-kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemuinya untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.
Dalam sidang akhbar, beliau ditanya mengenai keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian bagi menarik pengundi Cina. Beliau, yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, menegaskan bahawa ia "harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina."
"Di kawasan saya, saya bukan memenangi hati orang Cina dengan tarian rancak begini. "Tetapi kita mesti hormat, ini adalah satu kebudayaan orang Cina.
Pasakkaki - Korang tafsir sendirilah dari 2 berita ni. Malas aku nak komen. Rasa-rasanya, ini lah gamaknya 'tranformasi' Umno yang berdegar-degar dalam PWTC ari tuh !! Hidup Melayu!! Oppss... bukan ker Pak Zahid tu menteri yang jaga hal ehwal agamakan? Wakakakak!!... 'perubahan' umno kunun... Putus urat perut aku gelak..
0 comments:
Post a Comment