Friday, May 15, 2009

BUBAR KE TAK?

Pakatan menang jika p'raya di Perak-malaysiakini

Tidak perlu pilihanraya negeri Perak untuk menyelesaikan perebutan kuasa antara Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat yang berlarutan sejak Februari lalu, kata mantan perdana menteri.


Jika ia diadakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Pakatan Rakyat akan memenanginya dan sebab itu tidak perlu BN memanggil satu pilihanraya negeri. Pilihanraya negeri itu, tambahnya, hanya membazirkan wang rakyat. "Inilah tanggapan saya. Saya tidak membuat sebarang tinjauan.

"Hanya tanggapan selepas keputusan di (pilihanraya kecil) Bukit Gantang dan macam-macam lagi, dan juga dengan bercakap dengan orang lain," katanya di Cyberjaya hari ini.

Dr Mahathir merujuk kemenangan besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, menteri besar Pakatan di Perak, di kerusi parlimen tersebut pada 7 April lalu.

Nizar sekarang terus bertarung untuk mendapatkan jawatannya itu daripada menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir selepas tiga ADUN Pakatan berpaling tadah, awal Februari lalu.
[link]

Pasakkaki - Big Boss Najib dah bersuara... abis laa... besar kemungkinan takkan di bubarkan langsung DUN Perak ni..

Kita tunggu dan lihat. Negara ni kan UMNO yang punya (?). Jangan percaya sebarang khabar pembubaran selagi DUN tak di bubar.

Kita tunggu je lah, PRU 13 nanti. Lubang kubur UMNO dah makin dalam di gali nih!!

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP