HARI PENENTUAN
Esok 7 April 2009 ialah Hari Penentuan. Hari Demokrasi.. 3 Pilihanraya Kecil (PRK) dijalankan secara serentak esok. Secara umum di ketiga-tiga PRK ini memperlihatkan pertembungan klasik di antara PAKATAN RAKYAT vs UMNO/BN. Keputusan dalam PRK ini juga akan bakal memberikan banyak implikasi (pro/kontra) terhadap kedua2 parti ini .
Tinggi harapan majoriti rakyat marhaen agar SPR menguruskan PRK ini secara telus dan profesional. Biarkan demokrasi bejalan dengan adil tanpa sebarang tindakan pencabulan.
Seruan kepada pengundi2 !!
Kpd semua penduduk2 di Bukit Gantang, Bukit Selambau, dan Batang Air yg akan keluar menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka esok. Buatlah pilihan yang tepat! Anda bijak menilai. Ingat!! Setiap satu undi anda bakal menentukan masa depan generasi pewaris negara kelak. Ingat !! Setiap undi anda menentukan keberlangsungan ego Sang Penguasa mahupun meyemarakkan lagi kebangkitan gelombang rakyat terhadap keadilan dan kebenaran di Malaysia.
Seruan kepada semua penyokong2 dan pendokong2 rakyat !!
Anda telah turun beramai-ramai di 3 PRK ini. Mengorbankan masa, wang ringgit, dan tenaga untuk memastikan kemenangan rakyat. Mengorbankan masa selesa anda di rumah bersama anak2 dan isteri. Anda begitu bersemangat dalam gerak kerja kempen sepanjang 9 hari ini. Anda turun tidak mengira cuaca dan penat lelah dalam berkerja untuk parti. Sudah semestinya anda meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat kemenangan di pihak rakyat.
Namun, perlu difahami dengan fasih... Perjuangan menegakkan daulah ini tiada jalan mudah. Kita pernah diuji dengan kekalahan, kita juga pernah diuji dengan kemenangan. Perjuangan ini tidak melihat kepada hasil usaha kita. Ianya melihat kepada komitmen gerak kerja dan iltizam kita. Bersyukurlah sekiranya anda telah all out sepenuhnya dalam tempoh 9 hari ini. Bertawakkallah kita kepada Allah s.w.t.
Bermunajatlah kita agar kebenaran dan keadilan memperoleh kemenangan. Namun, perlu di ingat. kalah menang bukanlah alasan dalam kamus perjuangan ini. Kerana kita yakin.. Sinar kebenaran pasti tetap terserlah meskipun seribu tangan2 cuba memadamkannya..
0 comments:
Post a Comment