MENANTI DEMOKRASI @ DEMOCRAZY DI PENANTI?
Hari ini di jangka SPR akan mengumumkan status kerusi DUN Penanti, yang telah dikosongkan oleh Mohamad Fairus Khairuddin. Kita menunggu dengan sabar dan minat pada hari ini untuk melihat samada demokrasi diraikan oleh badan SPR ini yg telah di amanahkan untuk menguruskannya.
1. Jika mengikut norma biasa... surat perletakan jawatan telah diserahkan kepada speker DUN, Speker DUN pula sudah memaklumkan secara rasmi kpd SPR, maka SPR akan mengambil sedikit masa yang terdekat untuk bermesyuarat untuk menentukan tarikh penamaan dan hari pengundian di sesuatu kekosongan kawasan DUN. Tempohnya dalam masa 60 hari selepas kerusi dikosongkan.
Kenapa kronologi peristiwa kekosongan kerusi di DUN penanti di luar norma? Adakah ada 'tangan-tangan' ghaib disebalik setiap tindakan SPR ini?
2. Dalam kes DUN Penanti agak unik. Speker DUN telah mengeluarkan surat makluman kpd SPR. Hatta saudara Fairus sendiri telah berulangkali menyatakan pendirian muktamad mengosongkan kerusi tersebut. SPR mulanya bermesyuarat pada 22/4 minggu yg lepas. Dijangka akan membuat keputusan namun diumumkan pula akan bermesyuarat pada hari ini.
Mengapa di perlengahkan keputusannya? Susah sangat ke untuk menentukan tarikh penamaan? Atau SPR berhasrat untuk membatalkan pengosongan kerusi tersebut? seperti yang di lakukan pada 3 DUN di Perak? Huh! .. Jika ini berlaku, sah... DemoCRAZY !!
3. Najib Razak awal2 lagi ada memberikan signal Umno berkemungkinan tidak akan meletakkan calon di Penanti. Respon dari sayap2 umno rata2 bersetuju dengan cadangan Najib ini ( biasalah..umno kan parti utk pembodek2 malaysia). Cuma respon dari parti komponen BN saja agak kontras. Mesyuarat MT umno jumaat yg lepas juga masih gagal memberikan kata putus mengenai untuk bertanding atau tidak. Najib berkata ianya diserahkan kepada biro politik Umno untuk meneliti dan menentukannya. Hingga ke saat posting ini ditulis belum ada berita mengenainya.
Mengapa umno/bn yg track rekodnya tak pernah mengundurkan diri dalam mana2 PRK berhasrat utk tidak bertanding di Penanti ini? Adakah takut kepada gelombang kebangkitan rakyat di 4 PRK baru2 ini?
Adakah Najib takut imejnya bakal tercalar teruk jika di 'bantai' lagi oleh rakyat di Penanti?
4. Jumaat yg lepas juga SPR menyatakan beberapa peraturan baru bakal di perkenalkan untuk 'melacarkan' lagi perjalanan seseuatu PRK. Menghadkan jumlah penyokong untuk mengelakkan 'kekecohan' katanya.
Nyatakan mana 'kekecohan' yg didakwa tersebut dalam mana2 pRK sebelum ini? Tidakkah peraturan ini bertujuan untuk menyekat kehadiran ramai rakyat dalam menyokong PR? Takut ke? atau sebab media pencacai umno tiada modal visual untuk menggambarkan penyokong umno lebih ramai?
Kehadiran lebih 50,000 penyokong pakatan rakyat di hari penamaan PRK bukit Gantang baru2 ini buktinya. Jelas displin dan semangat untuk menumbangkan rejim umno tidak mencetuskan sebarang kekecohan.
5. PERSOALAN BESAR.. mengapa dilihat tindakan melengah-lengahkan keputusan di DUN Penanti ini seolah olah seiring di antara tindakan dari pihak UMNO dan SPR.
Pihak yang mana yang tunggu yang mana?
Kita tunggu dan lihat. Demokrasi atau Democrazy yang bakal ditegakkan di Penanti...
#[update TER..NOW!! ]
Hari mengundi DUN Penanti 31 Mei -malaysiakini
kemaskini 11.19am Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.
Ditanya sebab suruhanjaya itu melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut walaupun bermesyuarat Rabu lalu, beliau berkata ia tidak kena-mengena dengan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Jumaat lepas.
0 comments:
Post a Comment