TERKINI KRISIS DI PERAK
Mahkamah batal penggantungan Zamry dan exco - malaysiakini
Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.
Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.
Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.
Dalam keputusan sebulat suara itu, mahkamah memutuskan bahawa tindakan Speaker itu adalah terbatal tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.
Pasakkaki - Perhatikan dgn teliti perjalanan kes-kes berkenaan krisis di Perak selepas ini.
0 comments:
Post a Comment