Monday, February 16, 2009

BUKIT LANJAN DI 'LENJAN'

Dalam politik, terdapat 3 elemen asas yang dapat membunuh karektor politikus mahupun menjatuhkan organisasi musuh. KUASA, WANG, SEX. Fakta sejarah membuktikan 3 unsur ini sentiasa menjadi faktor kejatuhan sesebuah kerajaan. Team Psywar setiap parti politik atau organisasi akan memanupulasi serangan saraf berdasarkan 3 elemen ini. Bil Clinton kerana Liwnskeynya, Suharto kerana korupsinya, Turki Uthmaniyyah runtuh kerana penyalahgunaan kuasanya dan yang terbaru, rompakan kuasa di Perak yg juga melibatkan penggunaan imbuhan wang.

1. Kontroversi penyebaran gambar 'bogel' Exco kerajaan Selangor YB Elizabeth Wong, yg juga Adun PKR Bukit Lanjan. Satu laporan polis telah dibuat, kenyataan awal YB Elizibeth menjelaskan gambar tersebut dirakam tanpa pengetahuanya sebelum beliau menjadi YB lagi. Jelas isu moral menjadi pertimbangan utama dalam isu ini. Salah atau betul jatuh no 2 dalam hal ini. Intergriti parti adalah lebih utama. YB Elizabeth perlu meletakkan jawatannya, biarpun beliau merupakan seorang exco yg cermerlang dari segi tugasnya. PR perlu bersedia menghadapi satu lagi PRK di Bukit Lanjan ini.

2. Tafsir yang dapat dilihat dalam isu ini ; PRK Bukit gantang dan selambau merupakan PRK yang teramat penting buat BN mahupun PR. Buat kem umno, menang dalam PRK ini membuktikan umno masih relevan, serta bukti kepimpinan Najib disokong ramai. Jelas, segala strategi akan digunapakai bagi meraih sokongan pengundi. Isu Elizabeth ini hanyalah sebahagian daripada teknik psywar dari umno.

3. Penulis percaya, sepanjang tempoh sebelum penamaan calon 28hb march ini, lebih banyak serangan-serangan saraf yang akan dilancarkan oleh umno. Media yang dikuasai umno, memudahkan lagi gerak saraf team najib ini. Segala keburukan, salah guna kuasa, skandal2 lama, (benar, palsu atau plot planning) akan dikeluarkan berperingkat-peringkat dalam pelbagai cara dan rupa. Betul atau salah sesuatu isu itu perkara kedua, yg penting persepsi pengundi dapat dibentuk menurut kehendaknya.

Justeru itu, pendokong-pendokong PR seharusnya berkerja dgn lebih keras dalam menepis dan merencana sebarang serangan saraf ini. Langkah startegi yg diambil perlu lebih terkehadepan berbanding kem lawan. Meletakkan diri dan parti dalam posisi bertahan bukanlah strategi yang berkesan di dalam menghadapi 'bala tentera' Najib ini. Perlu diingatkan, Tsun Zhu ada menggariskan - "The good defensive strategies is Attacking" .

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP