Sunday, February 15, 2009

DESPARADO POLITIK

Kerajaan BN ada pendekatan ganti Speaker Perak - Utusan Meloya

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri Perak mempunyai pendekatan tersendiri bagi menggantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu daripada pakatan pembangkang yang sehingga kini enggan meletak jawatan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak memaklumkan lebih lanjut apakah pendekatan yang akan digunakan berkata, pihaknya belum menentukan calon baru yang bakal dilantik bagi jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Hutan Kita-Kiara di Taman Bukit Kiara di sini hari ini.


[...] Kenyataan Pak Lah ini menimbulkan keresahan banyak pihak dalam Pakatan Rakyat dan di kalangan pemerhati politik. Kebimbangan ini berdasarkan rekod kesanggupan UMNO melakukan apa saja demi matlamat politik mereka termasuk mencetuskan krisis perlembagaan terkini melalui rampasan kuasa di Perak.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dengan jelas memperuntukkan bahawa tanggungjawab dan hak memilih Speaker adalah pada Dewan Perhimpunan Undangan atau Dewan Undangan Negeri dalam sidangnya. (rujuk Fasal XXXVIA) Jawatan Speaker hanya kosong apabila penjawatnya berhenti daripada menjadi ADUN dengan cara meletak jawatan atau hilang kelayakan di bawah Perenggan 5 Fasal yang sama.

Mengikut Perenggan itu, Speaker boleh hilang kelayakan jika tiga bulan (atau lebih) selepas memegang jawatan itu, dia menjadi ahli lembaga pengarah/pengurusan atau pegawai atau pekerja sesuatu pertubuhan/badan, sama ada dia menerima/mendapat apa-apa saraan/hadiah/untung /faedah atau tidak. TETAPI sebab-sebab hilang kelayakan itu 'tidak boleh dipakai' jika pertubuhan/badan itu menjalankan kerja kebajikan atau sukarela atau yang berfaedah kepada masyarakat atau berupa khairat/sosial, dan tidak menerima apa-apa saraan, hadiah, untung atau faedah. Perenggan 6 Fasal itu menegaskan hanya Dewan Perhimpunan Undangan (DUN) yang boleh membuat keputusan mengenai 'hilang' atau 'tidak hilang' kelayakan Speaker, dan keputusan (dalam sidang DUN) itu adalah muktamad.

Fasal XVIII(2)(a) yang digunakan oleh UMNO untuk menghalalkan perlantikan Menteri Besar rampasan kuasa adalah tiada kena mengena langsung dengan hal ehwal perlantikan Speaker. UMNO juga tidak boleh memaksakan perletakan jawatan Speaker di luar sidang DUN dan tidak boleh mengusahakan perkenan istana bagi maksud melucutkan jawatan Speaker sebagaimana kes lucut jawatan Menteri Besar Dato' Seri Nizar. Kekaburan Fasal XVI(6) hanya merujuk kepada jawatan Menteri Besar sahaja. Ia tidak langsung merujuk kepada jawatan/kedudukan Speaker atau ahli Dewan Undangan Negeri.

Maka, apa pendekatan UMNO yang dimaksudkan oleh Pak Lah?... [read more]

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP