BOBROK SUNGGUH!!
Mac tidak sesuai pilihan raya kecil diadakan
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan jurang tempoh hampir dua bulan untuk memanggil pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dipengaruhi ataupun kerana tekanan Umno dan Barisan Nasional (BN).
Sebaliknya, SPR menjelaskan, bulan Mac tidak sesuai untuk diadakan kedua-dua pilihan raya kecil berkenaan disebabkan pelbagai faktor termasuk keperluan suruhanjaya itu sendiri.
Sambil mengakui ini kali pertama sesuatu pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh agak lama, hampir dua bulan sejak wujudnya kekosongan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hari pengundian 7 April merupakan masa yang sesuai dan selesa bagi semua pihak.
"Kita ada 60 hari (untuk mengadakan pilihan raya kecil), mengapa tidak menggunakan dengan baik 60 hari dan membolehkan semua orang gembira dan selesa membuat persiapan menghadapi pilihan raya kecil.
"Bulan Mac sebenarnya tidak sesuai kerana faktor keselamatan dan ketegangan serta banyak aktiviti dijalankan," katanya beliau kepada mStar Onlinelewat malam tadi... [read more]
PasaKaki- SPR ni Suruhanjaya bebas ker, salah satu cawangan umno ek? korang pikir ler sendiri....
0 comments:
Post a Comment