Saturday, February 14, 2009

KEBOBROKKAN SPR

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini mengumumkan bahawa pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi akan diadakan serentak pada 7 April depan, manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac. Kerusi Bukit Selambau kosong mulai 9 Februari, manakala kerusi Bukit Gantang kosong mulai 8 Februari.Ini bermakna hari pengundian bagi pilihanraya kecil Bukit Gantang diadakan pada hari yang ke-58 dan hari ke-59 bagi kerusi Bukit Selambau. Mengikut undang-undang, pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi Parlimen atau DUN. Mengapa 29hb di pilih? Tafsir yg boleh di buat:

1. Rakyat majoriti menolak secara total terhadap BN dan umno, P44 dan P36 buktinya. Kem Umno berada pada tahap yg kritikal pada pandangan rakyat marhaen. Onar di Perak, isu hudud, parti rasuah, elit, bongkak dan angkuh adalah imej yg ada pada umno. Masa diperlukan untuk membentuk persepsi positif pengundi-pengundi terhadap umno di 2 bukit ini.

2. PRK di 2 kerusi ini bakal menjadi indikator kepada BN/umno selepas rampasan kuasa secara licik di Perak. Kerajaan BN di Perak adalah sebuah kerajaan yang sangat tidak stabil. Dengan hanya 6 exco dilantik, MB Zombi pula terpaksa memegang sehingga 8 portfolio (apa kes?) menggambarkan betapa goyahnya kerajaan haram BN ini. Masa diperlukan untuk mengukuhkan kembali kerajaan haram ini.

3. Perhimpunan agung umno berlangsung 24-28 Mac depan. Ini bermakna 2 PRK diadakan sebaik sahaja perhimpunan agung umno ini selesai, yang mana bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan, dan peralihan kuasa dari Pak Lah ke Najib Nazak. Umum mengetahui rumahtangga umno cukup berkocak dgn politik wang setiap kali berlaku permilihan. Najib pasti tidak mahu memimpin jentera parti yang tidak fokus kerana asyik berkempen dan bergaduh merebut jawatan dalam umno berbanding berkempen untuk umno dalam 2 PRK ini. Tarikh 28hb ini menyelamatkan beliau.

4. Pada 28hb tersebut, Najib Nazak sudah memegang tampuk kuasa dalam negara. Najib semestinya mendapat full akses kepada segala keputusan halatuju startegi umno dalam PRK ini. Jika P44 dan P36 keputusan dan desakan Pak Lah dan Khairy masih membayangi keputusannya, sekali ini najib mendapat kuasa sepenuhnya untuk merencanakan PRK kali ini. Awas!! Lihat bagaimana Najib menjadi tok dalang dalam konspirasi rompakan kuasa di Perak baru-baru ini. Ganas dan licik.

5. Memberi masa untuk BN memperkenalkan bakal calonnya yang sememangnya tidak dikenali dan tidak disenangi oleh rakyat. Bila masanya panjang maka calon bn ini boleh turun pandang dan berkhidmat untuk rakyat dari hari ini sehingga 7 April ini. Ingat!! KPN telah keluarkan larangan kepada PR daripada mengadakan ceramah politilk di Perak.

6. Jarak masa yang panjang menjadikan proses psywar oleh BN melalui media dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Serangan saraf yang beterusan terhadap PR melalui media perdana akan menyebabkan penyokong-penyokong PR dan pengundi atas pagar mula sangsi dengan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Dari awal lagi, memperlihatkan SPR sudah mula diperkudakan oleh Najib. Pemilihan tarikh ini jelas banyak memberi kredit kepada umno dan Najib. Pengerusi SPR ada mengatakan isu keselamtan menjadi faktor pertimbangan SPR untuk meletakkan tarikh pemilihan ini. Soalnya, keselamatan pihak mana yang dipertimbangkannya? Rakyat? Atau...Najib Nazak? Bakal bos SPRnya nanti??

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP