RETORIK PERUBAHAN - siri 1
Jam 8 hingga 11 malam tadi astro awani membawakan satu rancangan khas bersempena perhimpunan agung Umno. Langsung dari dalam PWTC. Rancangan talk show yg dikelola oleh Suhaimi Sulaiman tersebut turut mengundang beberapa ahli panel membincangkan perihal agenda dalam Umno. Rata-rata panel menyatakan umno perlu berubah untuk memastikan survival parti tersebut.
Intipati ucapan Najib Razak juga bunyinya berdegar-degar bercakap soal perubahan Umno. Lantas timbul banyak persoalan dari jawapan.
Apakah yang perlu di ubah? Perubahan apa yang di laung-laungkan itu? Adakah selepas perhimpunan agung ini, umno telah berubah? Atau hanya watak pemimpinnya saja yang berubah?
1. Politik Wang
Umum mengetahui separah mana penyakit politik wang di dalam Umno. Rasuah sudah sebati dengan umno. Ianya hidup segar bugar di dalam denyut nadi hampir setiap pemimpin2 umno dan ahlinya. Menjelang perhimpunan agung ini sahaja, lebih dari 100 laporan salah laku kes rasuah politik dilaporkan. Budaya menabur wang untuk memastikan diri menang dalam pertandingan sesuatu jawatan parti menjadi budaya yang positif dikalangan perwakilan dan pemimpin umno.
Kewujudan lembaga displin umno pula hanya bertindak sebagai window dressing kepada ahli-ahlinya. Tindakan melarang Ali Rustam bertanding tetapi membenarkan pula Khairy bertanding di lihat sbg satu tindakan yang tidak konsisten dalam menangani rasuah. Apa kes dengan Isa Samad dahulu? Kenapa beliau di gantung ahlinya pd masa itu?
Hehh!! mungkin kadar rasuah mereka berbeza-beza. ada seposen, ada yang seribu2 dan ada jg sejuta2.. Seperti anologi Najib dan zahid hamidi, speed trap berbeza-beza limit kelajuanya mengikut tempat.. Huhh!! RASUAH TETAP RASUH!! PEMIMPIN RASUAH MEMBAWA KEPADA KEHANCURAN NEGARA!!
Penulis percaya isu politik wang ini akan timbul semula pada pemilihan agung umno, 3 tahun dari sekarang. Jika pemimpin pun rasuah, apalah yg hendak diharapkan lagi pada peringkat ahli biasa. Justeru itu, adakah umno akan dapat berubah?
2. Ideologi
Jelas.. Terang lagi bersuluh. Umno berideologikan Nasionalisme Bangsa. Satu ideologi yang meletakkan bangsa Melayu adalah keutamaannya. Ideologi ini tidak kekal kukuh. Tiada asas yang mantap. Tiada kitab rujukan yang pasti. Ideologi ini bersifat jahilliyah sekularisme . Berubah-ubah pendiriannya. Bahkan ianya bakal menghancurkan masyarakat Malaysia itu sendiri, dengan menagapi-apikan semangat perkauman.
Golongan cerdik pandai, profesional, alim ulamak dan masyarakat civil menolak ideologi sempit ini. Keluar dari kesesatan, menuju kepada cahaya kebenaran. Namun, Umno tetap umno. Laungan hidup melayu tetap bergema. di dalam hiruk pikuk agen2 calon menge'boo' dan meraih undi pd kalangan sendiri di PWTC tadi (live dalam awani tadi). Justeru itu, adakah umno akan dapat berubah? bersambung...
0 comments:
Post a Comment