Saturday, March 28, 2009

RETORIK PERUBAHAN - siri 2

Maka tamat sudahlah persidangan agung Umno pada petang tadi. Kejutan, kebetulan, dan jangkaan pemilihan jawatan2 tertinggi dalam Umno pun terjawab. Sekonyong-konyongnya agenda perubahan Umno dicanangkan sepanjang persidangan berlangsung. Baik ucapan berapi api dari perwakilan mahupun dari pimpinan Umno.

Apakah yang perlu di ubah? Perubahan apa yang di laung-laungkan itu? Adakah selepas perhimpunan agung ini, umno telah berubah? Atau hanya watak pemimpinnya saja yang berubah?

3. Pimpinan
Banyak analisa kekalahan teruk BN/Umno pada PRU 12 yg lepas adalah kerana faktor pemimpin yang lemah, korup dan tidak berkualiti. Jelas melihat kepada pemimpin yang terpilih dalam pemilihan kali ini, masih membawa penyakit-penyakit ini.

Najib Razak, Muhyiddin, MT2 nya, Khairy Jamaludin dan Ustazah Shahrizat bukanlah muka-muka baru yg boleh diharapkan untuk merajui perubahan dalam umno. Mahupun sekurang-kurangnya mengikis imej korup dan rasuah dalam Umno. Harus difahamkan, dalam real politik, seseorang pemimpin bukan sahaja harus bersih dari elemen rasuah ini tapi mesti juga kelihatan bersih. Ternyata rekod sejarah lama, dan yang masih dipersoalkan keintergeritiannya kini masih memimpin Umno selepas pemilihan ini.

Tun Mahathir sendiri mengakui dalam kenyataannya "Saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah." (Namun Tun juga akhirnya mengalah dengan turut menghadirkan dirinya dalam perhimpunan agung tersebut tadi)

Justeru itu, adakah umno akan dapat berubah?

4. Kesatuan Melayu
Penulis tidak berminat langsung untuk mengulas isu Melayu ini. Penulis berpandangan ideologi bangsa ini tidak akan kekal dan kukuh asasnya. Namun bila dilihat Umno bersungguh-sungguh memperjuangkan isu ini, maka penulis hanya ingin melontarkan sedikit persoalan.

Siapa yang mengadaikan tanah, bukit, pulau, kontrak, projek, saham kepada bukan melayu?

Siapa yg membenarkan syarikat konsesi2 melayu (?) tol di Malaysia terus menerus menghisap darah rakyat marhaen?

Siapa yang mengikiskan hak imuniti Institusi Kesultanan Melayu dalam perlembagaan?

Siapa yang melupuskan bahasa jawi?

Siapa yang menghapuskan bahasa melayu dalam pembelajaran math dan sains di sekolah2?

Bukankah nama UMNO itu sendiri shortform dari perkataan inggeris?

Siapa yang membenarkan korupsi, dan kekayaan negara hanya berlegar pada sesetengah tokoh melayu kroni Umno? GLC, IPP dll. Kemudian berselindung di sebalik DEB.

Apa yang berlaku pada melayu P.Pinang setelah lebih 50 tahun BN/umno memerintah?

huh.. Siapa yang masih terpaksa makan siput babi didalam rancangan bersamamu TV3 jika bukan melayu?

Terlalu banyak untuk disenaraikan.. Anda boleh mentafsir sendiri 'melayu' yg ada pada umno. Lihatlah sendiri bagamana suasana 'semangat' kesatuan melayu di dalam proses pemilihan di PWTC tersebut berjalan.

Semasa keputusan pemilihan pemuda umno diumumkan berlaku kekecohan dikalangan pemuda2 umno yg menyokong Mukhriz sehingga memaksa Polis campur tangan. Jeritan 'Khairy Rasuah' dilaung-laungkan. Sehingga ke majlis penutupan td sekalipun setiap kali nama Khairy disebut oleh pemimpin2 lain dalam ucapan mereka, kedengaran perwakilan menge'boo' beliau.

Jika dikalangan mereka sendiri pun tidak ada kesatuan, apalah yang lagi hendak diharapkan kepada melayu keseluruhan dibawah kepimpinannya..

Justeru itu, adakah umno akan dapat berubah?

5. Agenda Islam
Penulis tidak berhajat untuk mengulas panjang isu ini.
Selagi perlembagaan Umno berdasarkan nasionalisme bangsa, tiada apa yang boleh diharapkan. Selagi Al-quran dan Sunnah tidak dimartabatkan perlembagaan tertinggi dalam perjuanagn umno, tiada apa yang boleh diharapkan.

Siapa yang menghalang sekeras-kerasnya rang undang2 hudud dan qisas di Kelantan yang mahu dilaksanakan dulu?

TGNA sendiri pernah menyatakan jika Umno meletakkan Daulah Islam sebagai matalamat perjuangannya, PAS akan dibubarkan.

6. Parti Elit
Bagamana mahu berubah kepada mesra rakyat, sekiranya setiap kali majlis bersama rakyat, hamparan permaidani merah adalah wajib. dengan protokol layanan VVIP, dengan berkereta besar bercermin gelap, dengan diiringi dengan puluhan polis trafik setiap kali melawat rakyat, gaya begini mahu mesra rakyat?

Pada setiap kali Pilihanraya, Imej Pemudanya yang nampak seperti samseng, Puterinya pula seperti sosial dan Wanitanya pula seperti kelab mak-mak datin. Gaya begini mahu mesra rakyat?

Justeru itu, adakah umno akan dapat berubah?

Umno tetap umno. Mungkin umno di bawah kepimpinan Najib ini berubah dari segi dasar dan tindakannya terhadap kebangkitan rakyat. Riaknya sudah kelihatan. Rakyat ditekan. demokrasi dilacurkan di Perak. Media pembangkang digantung. Ceramah2 dan himpinan2 rakyat digempur dan dibelasah dengan pemedih mata dan semburan air kimia..

Jelas. Watak dan gaya pemimpinnya memimpin mungkin berubah. Umno tetap umno. Yang bakal dilihat berubah hanylaah eksesorinya sahaja. Itu semua hanyalah RETORIKA Sang Penguasa.

-TAMAT-

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP