TIADA BATAS SEMPADAN
Pilihanraya di Indonesia atau PEMILU 2009 jatuh pada 9 April 2009 ini. Sebagai sebuah negara yang mempunyai jumlah umat Islam terbanyak, Indonesia juga mempunyai organisasi yang berideologikan fikrah Islam seperti jamaah PAS di Malaysia.
PKS atau Partai Keadilan Sejahtera adalah merupakah satu entiti jamaah yang muncul pertama kali dalam PEMILU 1999. Walaupun baru di pentas politik Indonesia, komitmen, startegi, dan uslub dakwah siasah yang tersusun, PKS mampu menarik ramai rakyat Indonesia mendokonginya. Dari rakyat marhaen, desa dan bandar, anak-anak muda, siswa siswi universiti, artis-artis (cth: GIGI band), golongan profesional, hinggalah ke golongan Ulama' Ahlul Sunnah.
Jaringan-jaringan sosial dan ekonomi PKS amat meluas. Menjuarai isu-isu rakyat bawahan, strategi dana ekonominya yang tersusun, terkehadapan di dalam isu Islam dalam dan luar, isu-isu kebajikan dan menentang keras korupsi dan penyelewengan dalam pentadbiran negara. Selain itu, PKS mempunyai intitusi pendidikan tersendiri yang melebar di setiap wilayah Indonesia.
Pemilu 1999 lalu PKS bermula dengan meraih 1,4 juta suara (7 kursi DPR, 26 kursi DPRD Propinsi dan 163 kursi DPRD Kota/Kabupaten), dan makin menunjukkan peningkatan kursi didalam Pemilu 2004 yang lalu. Ini mengejutkan ramai pemerhati politik Indonesia. Berslogankan Bersih, Peduli, Profesional. PKS berazam untuk menguasai pada pemilu 09 kali ini. Tema PKS dalam kebanyakkan bahan2 kempennya ialah 'ISLAM ITU TINGGI, TIADA YG LEBIH TINGGI DARI ISLAM'
Ayuh kepada semua pembaca Pasakkaki yang seaqidah & sefikrah... Yang menetapkan Redha Allah sebagai matlamat kita, A-Rasul sebagai ikutan kita, A-Quran sebagai perundangan & perlembagaan kita, Al-Jihad sbg jalan kita dan mati syahid cita-cita tertinggi kita. Ayuh... semua..
Kita sampaikan doa dan munajat kita, agar kemenangan di perolehi oleh rakan-rakan PKS di seberang Indonesia sana. Roh perjuangan Islam tidak mengenal batas sempadan geografi. Moga akhirnya Daulah Islam tertegak di rantau ini. TAKBIRR!!!
FOTO: Suasana kempen PKS dlm perhimpunan 100 ribu di Stadium Bung Karno Jakarta pada 30/3/09.
0 comments:
Post a Comment