Wednesday, April 1, 2009

JALAN INI TIADA HENTI

Dr. Abdullah Yusuf Azzam (1941–1989), juga dikenali dengan nama Syeikh Azzam, adalah seorang tokoh utama dalam perkembangan pergerakan Islam di Palsestine dan Afghanistan. lahir pada tahun 1941 di desa As-ba'ah Al-Hartiyeh, provinsi Jenin di sebelah barat Sungai Yordan.

Bergiat aktif di dalam pergerakan jamah Ikhwanul Muslimin serta merupakan di antara tokoh Mujadid yang cukup tinggi komitmennya dalam menegakkan Daulah Islam. Melebarkan intitusi usrah serta berjaya melahirkan ribuan anak muda yang bersiasah dan berakhlak tinggi dari seluruh pelusuk dunia. Berjuang menentang Zionis di Palestin dan kemudiannya telah memimpin tentera Mujahidden Afghanistan menghalau komunis Russia dalam perang Afghan-Soviet awal 80an.

Abdullah Azzam menemui syahidnya pada hari Jumat, 24 November 1989. Tiga buah bom yang sengaja dipasang di kawasan yang biasa di lewati Abdullah Azzam, meledak ketika ia meletakkan kendaraannya untuk solat Jumaat di Peshawar, Pakistan. Dua orang anak lelakinya, Muhammad dan Ibrahim yg bersama beliau turut terkorban.

Kendaraan Abdullah Azzam hancur berkecai. Anaknya, Ibrahim, terlempar 100 meter begitu juga dengan lainnya. Tubuh mereka juga hancur. Namun keanehan terjadi pada Sheikh Abdullah Azzam. Tubuhnya masih utuh bersandar pada sebuah tembok. Hanya sedikit darah yang mengalir dari bibirnya.

Dalam konteks rantau ini, Sistem Demokrasi adalah merupakan medan bagi Jamaah Islam menjayakan cita2 daulah. Pilihanraya telah di ijtihadkan oleh ramai pemimpin2 Ikhwanul Muslimin sebagai wadah yang perlu disertai dan di rai dalam menegakkan Islam. Hammas, Jamaati Islami, PKS, PAS dan banyak lagi jamaah profesional beriltizam diatas wadah siasah demokrasi ini.

Buat seluruh pendokong dan penyokong Jamaah Islam.. Fahami matlamat sebenar perjuangan kita. Jalannya masih panjang dan berliku. Jalan ini tiada henti. Samada kita mati dalam memperjuangkannya atau mati melihat kemenangannya. Berkerjalah tanpa melihat kpd hasilnya, berstrategilah dalam bersiasah, tingkatkanlah amalan2 sunnat kita, dan bertawakkallah kepadaNya. Kalah menang pilihanraya bukanlah alasan untuk kita berputus asa. Yakinlah, nilai usaha serta komitmen kita dalam bersiasah menegakkan ideologi Islam ini yang dipernilaikanNya. Semoga semangat dan tauladan istiqamah Assyahid Abdullah Azzam terhadap perjuangan Islam dapat menjadi peniup semangat kepada seluruh pendokong2 jamaah Islam di dunia..

berikut adalah WASIAT DARI AS-SYAHID DR. ABDULLAH AZZAM

Wahai kaum MUSLIMIN
Kehidupan kalian adalah jihad, kemulian kalian juga terhasil dari jihad dan kewujudan kalian di atas muka bumi ini terikat dengan ikatan yang berpanjangan dengan jihad.

Wahai para PENDAKWAH
Tiada harga kalian berpanas di bawah cahaya matahari melainkan jika kalian menyandang senjata bagi menhadapi golongan toghut yang melampau, orang-orang kafir dan orang-orang yang zalim yang semakin bermaharajalela.

Sesungguhnya mereka menyangka bahawa agama Allah ini akan tertegak tanpa jihad, tanpa peperangan, tanpa darah dan air mata, maka mereka yang ragu-ragu itu sebenarnya tidak memahami tabiat agama ini. Sesungguhnya kehebatan para dai'e (pendakwah),kekuatan dan keberkesanan dakwah dan kemulian umat Islam tidak akan wujud melainkan dengan melaksanakan jihad pada jalan Allah. Kejarlah kematian kerana ia akan memberikan kehidupan (yang hakiki).

Hindarilah diri dari merasa hebat dengan jumlah kitab yang telah dibaca. Janganlah merasa megah dan mencukupi dengan sembahyang-sembahyang sunnat yang kalian telah biasakan itu. Janganlah kalian membiarkan kerja-kerja yang remeh menguasai kalian sedangkan di sana ada tugas yang lebih besar dan lebih sukar.

Wahai para ULAMA
Majulah kalian untuk memimpin generasi ini yang amat dahagakan untuk kembali kepada Tuhannya. Jangan kalian terbelenggu atau cenderung kepada dunia. Jauhilah janji manis pemberian dan sogokan serta hidangan toghut (pemerintah) kerana sesungguhnya hidangan dan sogokan tersebut akan menggelapkan hati dan mematikan fikiran serta menjadi benteng yang mengahalang hubungan kalian dengan masyarakat.

Wahai kaum MUSLIMAT
Jauhilah kemewahan dunia kerana ia adalah musuh kepada jihad. Ia juga pembinasa diri manusia. Oleh itu janganlah menunjukkan sesuatu yang berlebihan. Cukuplah sekadar keperluan sahaja. Didik dan latihlah anak-anak kalian dengan kegagahan dan kejantanan serta kepahlawanan dan jihad.

Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai kandang-kandang singa dan bukannya reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh toghut. Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada jihad, keinginan kepada medan perang dan lapangan yang penuh dengan keributan perang.

Hiduplah kalian dengan tidak melupakan penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam. Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu,sekurang-kurangnya, hidup bagaikan mujahidin dengan hanya memakan sekeping roti kering tanpa lauk dan meminum secawan teh tanpa gula.

Wahai ANAK-ANAK
Biasakanlah kalian dengan nyanyian dan alunan letupan peluru dan dentuman senjata-senjata berat serta gegap gempita jet-jet pejuang dan kereta-kereta kebal. Jauhilah nyanyian-nyanyian yang lembut dan muzik-muzik yang mengasyikkan dengan hamparan permaidani merah.

Wahai ISTERIKU
Lazimilah sifat zuhud, nescaya engkau akan dikasihi Allah dan berzuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia (jangan meminta-minta) nescaya engkau akan dikasihi manusia. Ketahuilah bahawa Al-Quran adalah bekalan yang paling berharga serta panduan sepanjang hayat. Seterusnya beribadah pada waktu malam(qiamullail) dan berpuasa serta beristighfar dan bertaubat diwaktu dinihari akan mendatangkan kejernihan pada hati dan kemanisan serta hubungan yang baik dalam beribadah.

Ianya juga dapat menghilangkan kecintaan kepada dunia. Adapun menjauhkan diri dari menunjuk-nunjuk dan menjauhkan diri dari golongan yangcintakan dunia, akan mendatangkan ketenangan kepada hati. Akhir sekali, aku sangat-sangat berharap agar Allah menemukan kita di Syurga Firdaus seperti mana Dia menemukan kita di dunia ini.

Adapun kalian ANAK-ANAKKU
Sesunguhnya kalian tidak pernah bermesra denganku melainkan hanya sebentar sahaja. Terlalu sedikit tarbiyyah yang sempat kuberikan pada kalian. Ya, aku terlalu sibuk dengan urusan jihad daripada tinggal bersama-sama kalian Namun apa yang dapat aku lakukan. Bagaimana aku hendak berseronok bersama kalian sedangkan penderitaan umat Islam amat menyiksakan hingga menyebabkan seseorang ibu melupakan anak yang disusuinya.

Kedahsyatan yang menimpa dan menyakiti umat Islam telah mengubankan rambut dikepala kanak-kanak (telah lama berlaku). Demi Allah aku tidak sanggup terperap dan berkurung di dalam sangkar bersama-sama kalian seperti ayam bersama dengan anak-anaknya. Aku tidak mampu hidup dengan menyejukkan diri sedangkan kepanasan api dugaan membakar hati-hati umat Islam.

Aku tidak rela tinggal bersama-sama kalian sepanjang masa sedangkan realiti umat Islam kini telah mengoyak-rabak jiwa setiap mereka yang mempunyai hati dan akal yang waras. Benar-benar tidak bermaruah jika aku tinggal bersama-sama kalian dengan limpahan kenikmatan diangkat satu hidangan dan dituruti pula dengan hidangan yang lain (sedangkan umat Islam menderita setiap hari).

Dengan ini juga aku berwasiat kepada kalian supaya berpegang teguh dengan aqidahsalafus salih (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dan jangan kalian menuruti hawa nafsu. Akujuga berpesan dan berwasiat pada kalian supaya sentiasa membaca Al-Quran, menjaga lidah (kata-kata), qiamullail (beribadah di waktu malam), berpuasa sunat, berkawan baik dan sama-sama bekerja dalam gerakan Islam. Namun begitu ketahuilah bahawa pemimpin gerakan Islam tiada hak menghalang daripada kalian berjihad atau memujuk kalian untuk terus berdakwah yang tidak bercirikan kejantanan dan tiada hubungan dengan jihad.

Dan janganlah kalian meminta izin dari sesiapa untuk keluar berjihad pada jalan Allah. "Untuk menjadi Nabi, tiada lagi Nabi sesudah Nabi Muhammad SAW. Untuk menjadi auliya, kita bukanlah orangnya. Untuk menjadi solihin, memerlukan mujahadah yang tinggi. Kini hanya tinggal satu sahaja jalan yang mudah yang terbentang dihadapan kita menuju ke Syurga, iaitu mati syahid!!"

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP